Tuesday 6 September 2011

semester bermula

(fall@canada. credit: NN)

Dan daun-daun itu mula bertukar warna,
lalu gugur satu per satu,
anggaran sudut darjah tempat jatuh itu tepat,
kelajuan pergerakan daun itu juga tepat,
semuanya dalam pengetahuanNya

~*~

Alhamdulillah, semester musim luruh (fall) baru bermula. tentu setiap kita
sibuk dengan persedian melangkah ke alam baru (baca: semester baru).
Kita mula meneyenaraikan tasks yang perlu kita laksanakan di awal semester ini.

1. susun jadual semester (add/drop etc)
2. beli buku-buku teks (beli 2nd/3rd hand jimat) di university bookstore, amazon, ebay..seniors
3. beli keperluan pengajian..pensel, pen, pengorek etc. di staples atau yang sewaktu dengannya.
4. cari kedudukan kelas
5. bincang mengenai subjek yang perlu diambil
6. .....

~*~

manusia itu terdiri daripada tiga elemen yang perlu diberi makan

elemen makanan
1. akal - ilmu
2. hati - zikrullah
3. jasad - makanan dan aktiviti

Setiap elemen itu perlu diberi makan dengan seimbang. Tidak boleh gemuk satu bahagian je.

Jadi, dalam kita merancang kehidupan kita untuk semester yang mendatang, masukkan sekali
perancangan kita untuk mengembangkan hati dan jasad. Mungkin sebelum ini kita hanya menumpukan perkembangan akal (ilmu) apabila semester baru datang. Kali ini, kita plan macamana nak maintain iman kita sepanjang semester mendatang dan hari-hari berikutnya (makanan hati). Mungkin dengan selalu menghadiri majlis2/program2 yang meningkatkan iman, selalu solat berjemaah di masjid/surau/musolla, melazimi bacaan quran atau perkara lain yang boleh difikirkan bersama.

Macamana nak pastikan jasad kita sihat dan seimbang (mungkin kurangkan tido yang tak patut...u know what i mean) dan sebagainya. Kalau susah dan tak tau nak plan macamana..minta tolong kawan yang boleh membantu.

Oh ya lupa, bila bercerita tentang ilmu..apa yang kita nak sebenarnya ek? Bila difikirkan balik...kalau nak dapat degree dan score assignment dan exam..boleh je kita ambil jalan mudah..(yang salah- bila last minute sedar kerja tak siap, salin member punya jawapan..terus hantar.pastu dapat markah tinggi, kita pun seronok).

tapi...macam tak best je kalau kita dapat pass semua courses dengan markah yang tinggi..tapi bila habis exam, kita tak ingat apa yang kita belajar...coz Allah nilai usaha/proses kita untuk mencapai sesuatu, bukan pada hasil.

Jadi, yang kita perlu pentingkan ialah proses penghayatan ilmu itu sendiri. Baru ilmu itu boleh kita manfaatkan dalam kehidupan..

ok. sekian untuk kali ini. Semoga Allah meredhai kehidupan kita sepanjang semester yang mendatang

p.s ilmu fardhu ain ke ilmu fardhu kifayah yang lebih utama?

0 comments:

Post a Comment