Thursday 8 December 2011

musim exam

Publish Post

Sekarang merupakan musim peperiksaan akhir bagi semester Fall 2011. Selamat maju jaya kepada semua pelajar.

Tentu kita sedang sibuk study mengulangkaji subjek2. Ada yang dari pagi sampai ke petang. Ada yang tak tidur malam. Ada yang stay di universiti sampai larut malam (ada yang tidur sekali). Sungguh bersemangat. Satu sikap yang bagus sekali.

Tentu, kita semua ingin mendapat result yang gempak dan itu sememangnya perlu untuk kita sebagai muslim. Ya, kita perlu cemerlang. Kerana tujuan kita belajar adalah kerana Allah. Sebagai alat untuk kita melaksanakan tujuan hidup di atas muka bumi Allah.

Jika diteliti, para pejuang Islam yang telah menoreh nama di atas catatan sejarah, cemerlang dalam bidang masing-masing. Sebagai contoh, lihat Syeikh Yusuf Qaradawi. Beliau merupakan pelajar top di mesir di zamannya. Imam Hasan al Banna, merupakan pelajar terbaik di mesir di zamannya. Hasilnya, lihatlah sumbangan mereka kepada masayarakat dunia.

Teringat pesan seorang murobbi, "Bagaimana kita nak memberi harapan pada masyarakat kalau kita bukan pelajar yang terbaik dalam bidang kita?"

Dan dalam kesibukan kita menelaah, perlu semangat juga dalam melaksanakan kewajipan lain (solat, tilawah, solat sunat ...dll) :-)

Supaya kita menjadi pelajar yang seimbang, akal, hati dan jasad.

Jom, terus mencipta kecemerlangan!

bittaufiq wan najah, semoga sukses selalu.

Tuesday 6 September 2011

semester bermula

(fall@canada. credit: NN)

Dan daun-daun itu mula bertukar warna,
lalu gugur satu per satu,
anggaran sudut darjah tempat jatuh itu tepat,
kelajuan pergerakan daun itu juga tepat,
semuanya dalam pengetahuanNya

~*~

Alhamdulillah, semester musim luruh (fall) baru bermula. tentu setiap kita
sibuk dengan persedian melangkah ke alam baru (baca: semester baru).
Kita mula meneyenaraikan tasks yang perlu kita laksanakan di awal semester ini.

1. susun jadual semester (add/drop etc)
2. beli buku-buku teks (beli 2nd/3rd hand jimat) di university bookstore, amazon, ebay..seniors
3. beli keperluan pengajian..pensel, pen, pengorek etc. di staples atau yang sewaktu dengannya.
4. cari kedudukan kelas
5. bincang mengenai subjek yang perlu diambil
6. .....

~*~

manusia itu terdiri daripada tiga elemen yang perlu diberi makan

elemen makanan
1. akal - ilmu
2. hati - zikrullah
3. jasad - makanan dan aktiviti

Setiap elemen itu perlu diberi makan dengan seimbang. Tidak boleh gemuk satu bahagian je.

Jadi, dalam kita merancang kehidupan kita untuk semester yang mendatang, masukkan sekali
perancangan kita untuk mengembangkan hati dan jasad. Mungkin sebelum ini kita hanya menumpukan perkembangan akal (ilmu) apabila semester baru datang. Kali ini, kita plan macamana nak maintain iman kita sepanjang semester mendatang dan hari-hari berikutnya (makanan hati). Mungkin dengan selalu menghadiri majlis2/program2 yang meningkatkan iman, selalu solat berjemaah di masjid/surau/musolla, melazimi bacaan quran atau perkara lain yang boleh difikirkan bersama.

Macamana nak pastikan jasad kita sihat dan seimbang (mungkin kurangkan tido yang tak patut...u know what i mean) dan sebagainya. Kalau susah dan tak tau nak plan macamana..minta tolong kawan yang boleh membantu.

Oh ya lupa, bila bercerita tentang ilmu..apa yang kita nak sebenarnya ek? Bila difikirkan balik...kalau nak dapat degree dan score assignment dan exam..boleh je kita ambil jalan mudah..(yang salah- bila last minute sedar kerja tak siap, salin member punya jawapan..terus hantar.pastu dapat markah tinggi, kita pun seronok).

tapi...macam tak best je kalau kita dapat pass semua courses dengan markah yang tinggi..tapi bila habis exam, kita tak ingat apa yang kita belajar...coz Allah nilai usaha/proses kita untuk mencapai sesuatu, bukan pada hasil.

Jadi, yang kita perlu pentingkan ialah proses penghayatan ilmu itu sendiri. Baru ilmu itu boleh kita manfaatkan dalam kehidupan..

ok. sekian untuk kali ini. Semoga Allah meredhai kehidupan kita sepanjang semester yang mendatang

p.s ilmu fardhu ain ke ilmu fardhu kifayah yang lebih utama?

Sunday 14 August 2011

Kita bermula


Canada. Bumi yang suatu ketika dahulu tidak pernah menjangka kaki ini akan menapak. Apatah lagi, membayangkan diri ini akan bertapak bertahun-tahun. Namun, aturan Allah itu maha bijak. Penuh dengan hikmah yang tidak diketahui manusia.

Alhamdulillah, baru sejenak berada di bahagian hemisfera atas bumi ini mengingatkan diri kepada ayat Allah yang menjanjikan kebaikan kepada mereka yang menjelajah bumi memerhatikan kuasa dan tanda penciptaanNya. Apakah kita tidak memikirkannya?

Antara tanggungjawab

Ribuan kilometer telah ditempuhi meninggalkan tanah air dan insan-insan yang dekat di hati. Selalu terfikir, apakah hanya cukup kita bergelar pelajar dengan duit dan masa yang kita dan mereka curahkan? Ribuan kilometer ditempuhi..apakah tidak rugi jika kita hanya bermatlamatkan mendapatkan segulung ijazah yang diikutkan tidak perlu merantau sejauh ini untuk mendapatkannya?

Lalu tiba saat kita merefleksi dan muhasabah kembali tujuan dan matlamat kita memilih untuk berada di sini.



Maka apakah niat dan tujuan anda?

Tuesday 2 August 2011

graphics