Thursday 8 December 2011

musim exam

Publish Post

Sekarang merupakan musim peperiksaan akhir bagi semester Fall 2011. Selamat maju jaya kepada semua pelajar.

Tentu kita sedang sibuk study mengulangkaji subjek2. Ada yang dari pagi sampai ke petang. Ada yang tak tidur malam. Ada yang stay di universiti sampai larut malam (ada yang tidur sekali). Sungguh bersemangat. Satu sikap yang bagus sekali.

Tentu, kita semua ingin mendapat result yang gempak dan itu sememangnya perlu untuk kita sebagai muslim. Ya, kita perlu cemerlang. Kerana tujuan kita belajar adalah kerana Allah. Sebagai alat untuk kita melaksanakan tujuan hidup di atas muka bumi Allah.

Jika diteliti, para pejuang Islam yang telah menoreh nama di atas catatan sejarah, cemerlang dalam bidang masing-masing. Sebagai contoh, lihat Syeikh Yusuf Qaradawi. Beliau merupakan pelajar top di mesir di zamannya. Imam Hasan al Banna, merupakan pelajar terbaik di mesir di zamannya. Hasilnya, lihatlah sumbangan mereka kepada masayarakat dunia.

Teringat pesan seorang murobbi, "Bagaimana kita nak memberi harapan pada masyarakat kalau kita bukan pelajar yang terbaik dalam bidang kita?"

Dan dalam kesibukan kita menelaah, perlu semangat juga dalam melaksanakan kewajipan lain (solat, tilawah, solat sunat ...dll) :-)

Supaya kita menjadi pelajar yang seimbang, akal, hati dan jasad.

Jom, terus mencipta kecemerlangan!

bittaufiq wan najah, semoga sukses selalu.

0 comments:

Post a Comment